Thursday 22 December 2011

Untuk Renungan Bersama =)

Solat merupakan tiang agama bagi umat islam. Barang siapa yang menunaikan solat maka dia mendirikan agamanya. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah merobohkan agamanya sendiri.




Disni ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan  DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU

SUBUH :: Sekali meninggalkannya solat Subuh akan di masukkan ke neraka selama  30 tahun di AKHIRAT (bersamaan 60000  thn didunia)

ZUHUR :: Sekali meninggalkan solat Zuhur dosanya seperti membunuh 1000 umat islam.

ASAR :: Sekali meninggalkan solat Asar ibarat meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Mekah)

MAGHRIB :: Sekali meninggalkan solat Maghrib seperti berzina dengan ibu sendiri.

ISYAK  :: Sekali meninggalkan solat Isyak ALLAH tidak redha orang itu tinggal di bumi dengan  berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatNYA.


Semua orang pasti tahu Solat juga merupakan pekara yang pertama dalam Rukun Islam dan solat juga WAJIB ditunaikan. Bersama-samalah kita memperbaiki amalan kita dimasa akan datang agar sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dariNYA.. amin..


gambar; sumber dari google image

Saturday 5 November 2011

Kurma.Nyum Nyum...






Buah kurma dalam bahasa Arab dikenali sebagai buah Tamar dan menjadi sebahagian dari makanan kita. Bauh kurma ini ada pelbagai jenis yang boleh kita dapati. Biasanya masyarakat di negara kita akan memakan buah kurma ini pada bulan Ramadhan.

Selain itu juga, buah kurma ini banyak khasiatnya. Tapi di sini saya ingin sentuh beberapa pekara sahaja tentang khasiat buah kurma dari Timur Tengah ini.

DAPAT MEMBENTUK PERIBADI MULIA


Kepada ibu yang hamil khasiat buah kurma ini dapat meransang dan memudahkan proses kehamilan. Bagi ibu yang hamil juga digalakkan untuk memakan buah kurma semasa hamil.  Ini kerana dalam Hadis Rasulullah s.a.w bersabda : 

'Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita itu hamil memakan buah kurma nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya'

kepada ibu bapa diluar sana janganlah terlalu bergantung kepada soal pemakanan sahaja untuk membentuk peribadi anak. Didikan dan asuhan yang betul perlulah diberi perhatian kepada anak untuk menjadi insan yang cemerlang.

KAYA DENGAN NUTRISI

Buah kurma ini mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A, B1, B2, C, gula asli, zat minyak dan garam. Buah kurma ini juga sebagai pencuci perut jadi ia sangat membantu dalam merawat sembelit dan penyakit gangguan usus kronik.

BEKALAN TENAGA

Kurma berperanan dalam pembentukan darah dan sum-sum tulang. Kurma juga merupakan antara makanan yang paling pantas diproses untuk membekalkan tenaga.

MENGUATKAN DAYA INGATAN

Kepada pelajar yang menginginkan daya ingatan yang kuat serta mahu mencerdaskan minda anda kurma sesuai untuk dijadikan makanan tambahan kepada kalian semua selain kismis dan juga kapsul-kapsul yang terdapat dipasaran sekarang.

PENYAKIT

Setiap manusia mahu memiliki kesihatan yang baik. Oleh kerana kurma mempunyai pelbagai khasiat ia dapat mencegah penyakit barah. Selain itu juga, dapat mengatasi masalah insomnia, membantu merawat penyakit buah pinggang, menghilangkan batuk, meredakan tekanan darah tinggi dan gatal-gatal kerongkong.

MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

Proses peredaran darah yang baik dapat melancarkan peredaran darah tanpa sebarang masalah.Masalah kesihatan dapat dicegah.



Kesimpulannya buah kurma ini boleh dijadikan makanan harian kita untuk membantu meningkatan tahap kesihatan kita kearah lebih sihat dan cergas. Di samping dapat memperbaiki masalah dalaman kesihatan ia dapat merangsang minda kita.

Thursday 3 November 2011

Oh No!

Bila kita benci@ tidak suka pada seseorang tidak mustahil ada oarang yang akan benci@tidak suka pada kita.

tak pecaya? try lah buat experiment, then baru tahu resultnye hehehe..

Friday 28 October 2011

Smile Right Now =)

Apabila kita membahagiakan orang disekeliling kita pasti kita akan merasa bahagia, jiwa merasa tenang dan damai. Tidak kisahlah pekara dari segi apa kita membahagiakan orang itu kerana apabila kita membahagiakan seseorang itu insyALLAH kita akan medapat kebahagiaan dari seseorang. Sesungguhnya seseorang yang berbuat baik kepada orang lain akan mendapat ganjaran suatu hari nanti.

Pendek kata berbuatlah baik dengan sesiapa sahaja tidak kita warna kulit, usia, agama mahupun sesiapa sahaja. 

*gembira melihat orang sekeliling bahagia walaupun 'makan hati' =(

Sunday 23 October 2011

No Name

thinking for the better future..

hope ALLAH bless me what I am doing and planning =)

Monday 17 October 2011

Kadang Kala…

Kadang kala kita tahu apa yang orang lakukan disekeliling kita adalah salah tetapi,  kita tidak tahu apa yang kita lakukan itu adalah salah.

Kadang kala kita mahu memperbaiki diri kita dengan menjauhi dari melakukan kesalahan tersebut tetapi  kita tidak berusaha untuk memperbaiki diri kita dari melakukan kesalahan itu berulang kembali.

Kadang kala kita rasakan diri kita kalah dan lemah jika kita tewas dalam sesuatu pekara tetapi kita tidak memahami  makna kekalahan tersebut .

Kadang kala diam itu lebih baik dari berkata-kata tetapi  ada kalanya berkata-kata itu  dapat memberi  makna yang tersirat.

Kadang kala kita merasakan sesuatu tidak adil terjadi pada diri kita tetapi pernahkah kita terfikir berlaku adilkah kita dalam melakukan sesuatu pekara tersebut.

Thursday 6 October 2011

3 Patah Perkataan Sahaja =)

Pernahkah kita terfikir dengan tiga perkataan sahaja hidup kita lebih bermakna dari sebelum ini?

Pernahkah kita terfikir bagaimana hanya dengan tiga perkataan sahaja dapat membuat hidup seseorang itu lebih bermakna?
Dan pernahkah kita terfikir apa ajaibnya tiga perkataan tersebut yang sering dikatakan memberi makna dan inspirasi dalam hidup seseorang itu?

Apakah TIGA PERKATAAN itu yang dipersoalkan??

Hebat sangat ke TIGA PERKATAAN tue??

Ape specialnye TIGA PERKATAAN yang dok sibuk sangat niee???

Tak paham la..boleh explain sikit tak deRrr??


Dalam kehidupan kita ini tiada siapa yang sempurna. Setiap orang melakukan kesilapan.

Apa yang aku nak kaitankan dengan ayat diatas dengan TIGA PERKATAAN ini ialah nilai keMAAFan.

keMAAFan??mesti tak faham kan. Ape kaitannye ek??

Jika seseorang itu melakukan kesilapan sudah tentu seseorang itu berasa bersalah diatas kesilapan yang dilakukan olehnya. Seseorang itu akan sentiasa rasa bersalah jika seseorang itu tidak meMAAFkan kesilapan yang dilakukan. Dengan TIGA PERKATAAN sahaja ‘ saya MAAFkan awak’ sudah tentu beban kesalahan yang dipikul hilang. Kita akan merasa tiada beban yang perlu ditanggung lagi, tiada lagi rasa bersalah dan tidak langsung memikirkan pekara tersebut.

Bagaimana ek dengan TIGA PERKATAAN itu dapat dapat memberi makna dalam hidup seseorang?


ILOVE YOU ‘, ‘EMAK SAYANG ADIK’, JAGA DIRI BAIK-BAIK’. Hanya dengan TIGA PERKATAAN sahaja seseorang itu akan merasakan diri mereka dihargai. Dengan TIGA PERKATAAN ini dapat memberi pelbagai makna, dapat memberi pelbagai reaksi, dengan perkataan ini juga seseorang itu boleh mendapat inspirasi dalam meneruskan liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran.

Percaya atau tidak itu lah hakikatnya. Jika seseorang itu memahami setiap erti yang tersirat disebalik TIGA PERKATAAN tersebut pasti akan memberi kesan didalam hati.
Pernahkah kita mengucapkan TIGA PERKATAAN tersebut? Tak kisah la mana-mana atau apa-apa perkataan yang boleh memberi maksud yang sangat mendalam.


“MERAH TANDA BERHENTI”

Agak-agak lah kan pernah Nampak atau penah dengar tak TIGA PERKATAAN tersebut? Mesti pernah dengarkan?

Perkataan itu adalah kempen kesedaran dari JKJR(tak silap aku,kalau tersilap MAAFkan saya =)) untuk penunggang dan juga pemandu jalan raya agar mematuhi lampu isyarat. Hanya TIGA PERKATAAN tersebut sudah pasti dapat menyelamatkan nyawa seseorang atau mungkin lebih dari seseorang dari terkorban. Jika kita mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan sudah pasti memberi makna dalm hidup kita. Haisshhhh…makna apanye lagi nie?? MAKNAnya jika tidak mematuhi lampu isyarat tersebut mana tahu kemalangan atau meninggal akibat kemalangan tak ke jadi masalah?? Jika kita mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tiada rugi yang kita perolehi malah kita dapat mendisiplinkan diri kita dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Tanpa kita sedari denga TIGA PERKATAAN ini dapat memberi perubahan dalam hidup kita. Apa? Masih tak percaya lagi?? Kalau dah tak percaya tak dapek den nak nolong eh yo??.. lu piker lah sendiri hehe..=)

p/s= ‘saya sayang family’saya sangat-sangat hehe..=)

selamat mendengar =) 3 perKATAan


Saturday 24 September 2011

Artis Oh Artis

Baru-baru nie aku ade tengok kat internet gambar artis yang kurang sopannye. Apelah nak jadi artis zaman skang nie. Dah jadi ‘public figure’ jage la akhlak dan tingkah laku awak tu. Dah la artis, dikenali masyarakat sekeliling. Tak malu ke gambar –gambar yang kurang sopan tue ditonton oleh sume lapisan masyarakat. Tak kire muda mahu pun tua.Kot ye pon nak cari publisiti or kontroversi tak perlu la amik gambar dengan BF sampai berkiss-kiss lagi. Hadoi..da la awak tue orang islam. 

Aku tengok dunia artis kat Malaysia nie skang dah jadi cam Hollywood plak. Buat sume pekare sesuke hati. Tak fikir dulu sebelum buat. Tak fikir hukum haram dan halal. Islam hanya pada IC sahaja!. Maaf la kalau bahasa kasar. Tapi kebanyakkannye sume mengetepikan hukum-hukum yang dah ditetapkan.  ikot kan nafsu. Nanti bile keluar gambar –gambar tak sepatutnye mula lah mintak maaf or keluarkan statement bukan gambar empunya diri @perkataan lain gambar disuperimposekan. Memenag tak mustahil gambar macam tue sume boleh berlaku zaman skang nie. Sendiri mau ingat la.

Yup!memang setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini tak sempurna  dan pasti  tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Maka kita sebagai hamba yang hina ini perlulah kembali ke pangkal jalan agar mendapat keredhaannya yang diredhai.

p/s~ ape yang aku tulis nie peringatan buat aku jugak.sesame menasihati diantare 1 same laen. Hope aku tidak tersasar di jalan-MU. AMIN~~

Saturday 6 August 2011

Indahnya Kasih Sayang

Bila berkata sahaja mengenai kasih sayang  pelbagai pekara akan terlintas di fikiran kita. Pasti kita akan terfikir kasih sayang diantara ibu dan anak, manusia dan haiwan, manusia dan alam sekitar dan bermacam-macam lagi pekara  yang boleh kita kaitankan dengan kasih sayang ini…

Pada KU kasih sayang ini merupakan suatu perasaan, suatu nikmat di dunia yang sungguh indah bila kita sebagai manusia merasainya. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila kita dapat merasai kasih sayang tersebut lebih-lebih lagi dengan seseorang insan yang kita kasihi. Kasih sayang ini lebih manis lagi jika ada yang memberi dan ada juga yang menerima. Jika salah satu dari pekara tersebut tidak tercapai, maka tiada kasih sayang yang dapat kita semai bersama-sama. Tidak salah juga jika kita ingin berkongsi kasih sayang dengan haiwan peliharaan kita jika itu yang dapat kita berkongsi kasih dan sayang kita.


     
              
Ada suatu peristiwa yang ingu KU kongsikann bersama semua. Kejadian ini berlaku dihadapan KU sendiri. Tersentuh hati KU melihat pasangan suami isteri ini. Si suami ini sakit. si suami meminta tolong kepada si isteri untuk membantunya mengambil barang yang jatuh dari tempat duduknya. Si suami ini tidak berdaya untuk mengambil barang tersebut oleh sebab itu di suami meminta si isteri membantunya.  Selepas membantu si suami mengambil barang tersebut lalu si suami mengurut tangan si isteri. Barangkali si suami ingin membalas budi yang di curahkan oleh si isteri kerana telah membantunya mengambil barang yang terjatuh itu ataupun telah menjaganya sepanjang si suami sakit . si suami juga sempat “menyepit” hidung si isteri. Mungkin ingin bermesra bersama si isteri. 








Pada KU, ia merupakan pekara yang sungguh manis dan romantis buat pasangan tersebut. Walaupun mereka kelihatan sudah berusia tetapi mereka masih mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain. So sweet la.. Moge pasangan tersebut berbahgia hingga ke akhir hayat mereka. AMIN~~
   


                 

Tuesday 28 June 2011

asalamualaikum w.b.t

Tujuan aku menulis blog ini adalh aku ingin berkongsi pekara2 yang terjadi disekeliling aku. Aku tidak berminat menceritakan berkaitan dengan diri aku. Apa2 pekara yang akan aku 2lis dlm blog aku ini adalah apa yang terlintas dipkran aku. Aku mengambilnya sebagai iktibar buat diri aku sendiri. Bukan untuk tujuan yg laen. Apa2 yang aku akan tulis lepas nie ia lahirnya dari diri aku. Tidak kene mengene dengan orang lain ;P