Monday 23 April 2012

JOM MASAK : Kek Cawan yang Simple

Hari ini nak kongsi pasal cara-cara membuat kek cawan. Kepada sesiapa kat luar sane yang suke makan kek cawan dan nak buat sendiri kat rumah, mudah dan simple inilah cara-caranya. 

First of all bahan-bahan untuk membuar kek cawan :

> 150g  mentega (dilembutkan sedikit)
> 150g gula kastor
> 3 biji telur
> 180g tepung naik sendiri(diayak)
> 50ml susu UHT
> 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
> mangkuk cawan secukupnya
> chip more (ikut selera)






Cara menyediakan :

1. Putarkan mentega dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu kedalam adunan tadi(pastikan telur telah dipukul dahulu).
3. masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu dan vanilla. Gaul aduanan sehingga sebati.
4.  Masukkan chip more ( jika suka). Nak guna badam cincang ke rice chocolate pun boleh. Ikut selera anda ok!
5.  Akhir sekali, masukkan adunan kedalam mangkuk cawan ¾  penuh. Panaskan ketuhar 190 0C. Bakar selama 12-15 minit sehingga kek naik dan warna kekuningan.



                                         inilah hasil kek cawan saye!




p/s ==> jika suka menghias buat la topping sendiri yee. Selamat mencuba ! =)

Sunday 22 April 2012

FENOMENA NAJWA LATIF


Setelah sekian lamenye aku tak up-date blog nie aku berbesar hati nak citer skit pasal Najwa Latif nie. Ok. Orait dan not bad jugak suara Najwa Latif nie. Pada aku tak lah teruk sangat suara die bila nyanyi lagu. Senang citer sedap jugak lah didengar dek halwa telinga aku nie. Selepas kemunculan Najwa Latif dimuka bumi sebagai penghibur a.k.a penyanyi boleh dikatakan ramai tidak menyukainya. Kenape ye? Kadang-kadang aku terfikir jugak nape lah dorang nie dengki sangat dengan adik sorang nie. Maybe die budak sekolah tup tup tup jadi penyanyi plak tue yang orang sume tak habis dok kutuk die . Sabar ye dik. Tak sume orang kat dunia nie suke kat kite. 


Kepada sesiap kat luar sana yang tak berapa kesukaan dengan Najwa Latif nie, boleh tak bagi reason kenapa dan sebab munasabah tak bekenan dengan Najwa Latif nie?.  Saranan aku kepada sesiapa yang tidak menyukai mana-mana lagu Najwa Latif apabila lagu die tengah berkumandang  sila lah offkan radio tue atau mungkin terdengar kawan-kawan karaoke lagu die, tolonglah pekakkan telinga anda. Itu adalah lebih baik daripada korang dok bising-bising tak suke kat die atau mungkin korang akan buat status kat fesbuk kerana ketidak kesukaan korang kat hamba ALLAH sorang nie. Ok?


Sebelum ni aku ade terbaca beberapa arkitel di internet mahupun media cetak Youtube telah melahirkan artis segera. Sebagai contoh Yuna, Ana Rafali, Ainan Tasnem dan Tasha Manshahar ( aku rase ade ramai lagi tapi tak ingat dah). Tak silap aku Yuna adalah artis yang memulakan dulu dengan merakam lagunya dan di upload ke Youtube dan seterusnya menjadi artis dengan mudah tanpa perlu uji bakat mahupun dikritik oleh sesiapa. Sehingga ke hari ini memang terserlah bakat Yuna. Kebanyakkanya aku suka lagu yang die nyanyikan. Yuna memang seorang yang berbakat. Tidak lupa kepada artis lain bakat yang lahir dari Youtube. Syabas dan tahniah ye korang! =).


Pada aku apa yang sepesyelnye dorang nie ialah dorang sume menulis lirik lagu dorang sendiri. Selain itu jugak dorang menyanyikan lagu artis lain(cover) dengan baik.(wah macam juri plak hehehe). Pape pun teruskan perjuangan korang untuk industri muzik kat Malaysia nie. Lebih molek melahirkan ramai artis dari Negara sendiri daripada bawa masuk artis Negara luar cari makan kat sini. 


Bukan peminat Najwa Latif.
Saya menyokong barangan Buatan Malaysia & artis Malaysia. =)