Sunday 29 January 2012

MADAH PUITIS :: Putera Mimpi (23/1/2012)


Kau ku rindu dikala malam
Kau ku puja dikala kesepian
Kau ku impi dikala keseorangan

Sampai bila aku harus begini
Memendam rasa pendam dijiwa
Untuk kasih yang tak mungkin kau serahkan

Andai kau tahu rasa ini
Pasti ku tak sendiri
Hadirlah engkau dalam hidup ini
Memenuhi isi hati
Kan ku bina mahligai cinta yang berseni
Hanya untuk kau disisi
Sudah pasti!

Aku tahu aku tak layak bagi mu
Walau diberi emas permata

Maafkan aku kerna tak bisa melupakan mu
Maafkan aku kerna selalu inginkan mu
Izinkan aku melihat mu walau tak bersua
Izinkan aku tahu khabar mu walau tak bicara

Pergilah mengikut langkah mu itu
Dengan satu tuju
Ku tak mahu kau terburu
Jika itu yang kau mahu
Doaku mengiringi perjalanan mu
Moga berjaya ketemu
Kau dan aku bukan ditakdirkan satu

Aku pasrah dengan takdir kita
Aku redha dengan ketentuan pencipta
Sungguh ini yang terbaik buat kita

Kau,
Putera Mimpi tak mampu ku miliki
Kau,
Putera Mimpi hanya fantasi
Kau,
Putera Mimpi tidak mungkin jadi realiti

Biarlah aku hidup sendiri
Menunggu jodoh hadir pasti
Suatu hari nanti
Bersama putera satu dihati!

::>bungAKemboja<::

No comments:

Post a Comment