Saturday 5 November 2011

Kurma.Nyum Nyum...






Buah kurma dalam bahasa Arab dikenali sebagai buah Tamar dan menjadi sebahagian dari makanan kita. Bauh kurma ini ada pelbagai jenis yang boleh kita dapati. Biasanya masyarakat di negara kita akan memakan buah kurma ini pada bulan Ramadhan.

Selain itu juga, buah kurma ini banyak khasiatnya. Tapi di sini saya ingin sentuh beberapa pekara sahaja tentang khasiat buah kurma dari Timur Tengah ini.

DAPAT MEMBENTUK PERIBADI MULIA


Kepada ibu yang hamil khasiat buah kurma ini dapat meransang dan memudahkan proses kehamilan. Bagi ibu yang hamil juga digalakkan untuk memakan buah kurma semasa hamil.  Ini kerana dalam Hadis Rasulullah s.a.w bersabda : 

'Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita itu hamil memakan buah kurma nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya'

kepada ibu bapa diluar sana janganlah terlalu bergantung kepada soal pemakanan sahaja untuk membentuk peribadi anak. Didikan dan asuhan yang betul perlulah diberi perhatian kepada anak untuk menjadi insan yang cemerlang.

KAYA DENGAN NUTRISI

Buah kurma ini mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A, B1, B2, C, gula asli, zat minyak dan garam. Buah kurma ini juga sebagai pencuci perut jadi ia sangat membantu dalam merawat sembelit dan penyakit gangguan usus kronik.

BEKALAN TENAGA

Kurma berperanan dalam pembentukan darah dan sum-sum tulang. Kurma juga merupakan antara makanan yang paling pantas diproses untuk membekalkan tenaga.

MENGUATKAN DAYA INGATAN

Kepada pelajar yang menginginkan daya ingatan yang kuat serta mahu mencerdaskan minda anda kurma sesuai untuk dijadikan makanan tambahan kepada kalian semua selain kismis dan juga kapsul-kapsul yang terdapat dipasaran sekarang.

PENYAKIT

Setiap manusia mahu memiliki kesihatan yang baik. Oleh kerana kurma mempunyai pelbagai khasiat ia dapat mencegah penyakit barah. Selain itu juga, dapat mengatasi masalah insomnia, membantu merawat penyakit buah pinggang, menghilangkan batuk, meredakan tekanan darah tinggi dan gatal-gatal kerongkong.

MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

Proses peredaran darah yang baik dapat melancarkan peredaran darah tanpa sebarang masalah.Masalah kesihatan dapat dicegah.



Kesimpulannya buah kurma ini boleh dijadikan makanan harian kita untuk membantu meningkatan tahap kesihatan kita kearah lebih sihat dan cergas. Di samping dapat memperbaiki masalah dalaman kesihatan ia dapat merangsang minda kita.

Thursday 3 November 2011

Oh No!

Bila kita benci@ tidak suka pada seseorang tidak mustahil ada oarang yang akan benci@tidak suka pada kita.

tak pecaya? try lah buat experiment, then baru tahu resultnye hehehe..