Monday 27 August 2012

Tuntutan Menutup Aurat

‘ Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir’

An-nur : 31


‘ Wanita yang berwangi-wangian dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumannya adalah umpama perempuan berzina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina ‘

Riwayat Ahmad thabarani dan Hakim


Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang ( menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat ), rambut mereka laksana goh-goh unta ( dibanggakan dan didedahkan ). Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.

Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim