Saturday 28 January 2012

GILE!!!!!

Hari ini aku nak post satu entri yang menunjukkan ketidak-puas-hatian aku pada some one ni. Alkisahnye tadi aku p bukak fesbuk seorang hamba ALLAH ni. Busan tak ade keje aku pun tgok lah profile  kawan aku ni. Apa yang aku tak puas hati nye die boleh post kat wall fesbuk die yang mengatekan bahawasanya die frust dalam bab-bab berkapel nie so die nak jadi single balik. Akibat terlampau kecewa dan terus kecewa disebabkan dipermainkan oleh kaum hawa nie die kembali ke tabiat lame die iaitu menimun arak. Disebabkan hal itu jugak die telah meneguk air haram tue boleh dikatakan hari-hari!



What the hell dengan kau nie??? Ape kau bodoh sangat sampai kau sanggup teguk minuman setan tu??? Kalau iye pon kau kecewe giler, frust menonggeng sampai barah tahap 4 sehingga tak boleh dirawat lagi ape kau pikir dengan cara macam tue ke kau dapat selesaikan segala masalah kau tu??? Then lepas minum segala masalah kau tu boleh hilang dalam sekelip mata. Macam tu?? Nie lah jadinye bile akal yang diberi cukup sempurna malah sihat tubuh badan dan memiliki akal yang waras kau sanggup buat perbuatan seperti orang tak ade otak and agama!



Come on lah! Tuhan baru uji kau dengan ujian macam tu pon kau dah give up. Ape lemahnya kau ni. Aku memang tak tau ape yang kau alami and rase time tu. Tapi please lah berfikir dengan rasional setiap perbuatan, tindak tanduk kau tu. Jika sebesar mane pun masalah kau nak selesaikan tolonglah jangan lah pilih jalan macam tu lagi dan jangan berfikiran sengkek tu lagi. Mintak mohon pada Tuhan moge-moge kau dapat hadapi masalah yang melanda dalam hidup kau tu. Dapat diselesaikan dengan mudah. Berdoa pada Tuhan harap apa yang terjadi sebelum ni tak berulang kembali. Kembali kepada Tuhan yang satu kawanku... Aku tak sanggup tengok kau terus hanyut kat dunia yang penuh cabaran ni . 



Kelemahan yang aku tengok pada kau ialah kau tak boleh menangani masalah and stress kau sendiri. Kalau kau tak boleh handle sorang-sorang prob kau carik lah kawan yang kau boleh percayai. Lepas tue kau cerita segala masalah yang serabut dalam kepala kau tu. Kalau kau  tak rasa tak selesa nak cerita dengan orang disekeliling kau buat satu diari. Cerita kat diari tu. Diari tu bukan boleh bukak mulut pun.  Aku harap kau kembali ke pangkal jalan. Tinggalkan tabiat buruk kau tu. Jangan seksa diri kau kerana cinta duniawi yang belum pasti indah. Belajarlah dari kesilapan yang lepas. Tak selamanya kau akan kecewa. Tuhan duga kau macam tu mesti ada hikmah sebaliknya. Jangan kau mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. Jika kau terlajak buruk padanya.



Aku takut kau akan buat pekara yang lebih serius lagi. Astafirullahalazim…simpang malaikat 44. Sebelum ini aku ade jugak bace post kau yang mengatakan kau nak nak pegi merempit. Kau tulis lagi kalau kau ‘excident, teruk, masuk ICU, patah sane sini, koma -> alhamdullah!’ Kenape kau tak tulis mati sekali? Kan lagi senang! Satu lagi keje bodoh kau nak buat. Kau tak pikir ke kalau kau xcident masuk hospital kan lagi bertambah masalah kau tu. Sape nak jage kau? Sapa nak bayar bil perubatan kau? Kalau kau lumpuh ape kau nak buat? Dah kaya sangat ker nak bayar orang gaji serve kau seumur hidup? Baik kau mintak mati je. Senang skit nak uruskan kau. Xcident, mati terus tanam. Habis cerite.



Kau tak fikir ke plak andai kate kau mati xcident dengan cara macam tue tak ke kau di anggap mati katak? Mati yang sia-sia. Dah cukup sangat ke amalan kau tu??!!! Aku mintak maaf sangat-sangat pada kau. Aku tersangat marah, sakit hati, tak puas hati dengan kau walaupun kau tak sakitkan hati aku langsung. Tolong lah aku merayu. Taubat lah kawan… kita tak lama kat dunia ni. Hidup hanya sementara je untuk menikmati keindahan duniawi ini. Perbanyakkan amalan kita untuk kesenangan di akhirat kelak. Aku mintak maaf sekali lagi. Sekian.

No comments:

Post a Comment