Sunday 12 February 2012

MADAH PUITIS :: Ku Kecewa lagi (29/1/2012)

Ku kecewa lagi
Kerna kau tak setia
Kerna kau sudah ada yang punya

Hati  kosong telah kau isi
Kini, hati ku remuk
Tiada apa lagi

Kenapa perlu ku lalui semua ini
Tak sanggup berhadapan dengan mu lagi
Tinggalkan saja diri ini
Agar dapat menyendiri

Tak perlu lagi berkata
Sudah ternyata di depan mata
Aku, kau mendua
Hati hampa, kecewa

Pergilah engkau tinggalkan aku
Jangan berani kembali
Ku redha takdir ini
Biarkan ku hidup sendiri
Tanpa mu disisi

::> bungAKemboja <::

SUDUT ILMIAH


Antara punca sesuatu doa itu ditolak ialah mengambil makanan atau minuman yang haram serta berpakaian tidak menutup aurat.

Sumber: buku rujukan Pendidikan Islam Ting. 4&5.

TAKE NOTE


Lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin menyakitkan hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata yang melukakan.

Saturday 4 February 2012

MADAH PUITIS :: Live Your Life

Hidup tak seindah mimpi
Namun itu yang harus ditempuhi
Hidup tak seindah fantasi
Namun itulah realiti kehidupan ini

Hidup ini seperti permainan
Ada yang kalah dan ada yang menang

Hidup ini seperti makanan
Ada manis
Ada masin
Ada tawar
Ada pahit
Jika makanan itu manis, masin, tawar atau pahit pasti makanan itu ditelan jua untuk mengisi perut yang kosong

Kehidupan ini seperti tanaman
Jika kita selalu membaja, menjaga dari serangga perosak pasti tanaman kita subur
Sihat dan segar

Kehidupan ini seperti roda
Roda akan sentiasa berpusing
Tidak semestinya sentiasa berada diatas dan bawah sahaja

Hargailah kehidupan ini sementara ia masih bermakna
Kecapilah kehidupan ini sebelum terlewat
Warnailah kehidupan ini dengan cara yang betul
Pandulah kehidupan ini dengan tujuan yang pasti
Sinarilah kehidupan ini bersama cahaya yang gemilang
Tamatkanlah kehidupan ini dengan penuh senyuman

::>bungAKemboja<::