Friday 28 October 2011

Smile Right Now =)

Apabila kita membahagiakan orang disekeliling kita pasti kita akan merasa bahagia, jiwa merasa tenang dan damai. Tidak kisahlah pekara dari segi apa kita membahagiakan orang itu kerana apabila kita membahagiakan seseorang itu insyALLAH kita akan medapat kebahagiaan dari seseorang. Sesungguhnya seseorang yang berbuat baik kepada orang lain akan mendapat ganjaran suatu hari nanti.

Pendek kata berbuatlah baik dengan sesiapa sahaja tidak kita warna kulit, usia, agama mahupun sesiapa sahaja. 

*gembira melihat orang sekeliling bahagia walaupun 'makan hati' =(

Sunday 23 October 2011

No Name

thinking for the better future..

hope ALLAH bless me what I am doing and planning =)

Monday 17 October 2011

Kadang Kala…

Kadang kala kita tahu apa yang orang lakukan disekeliling kita adalah salah tetapi,  kita tidak tahu apa yang kita lakukan itu adalah salah.

Kadang kala kita mahu memperbaiki diri kita dengan menjauhi dari melakukan kesalahan tersebut tetapi  kita tidak berusaha untuk memperbaiki diri kita dari melakukan kesalahan itu berulang kembali.

Kadang kala kita rasakan diri kita kalah dan lemah jika kita tewas dalam sesuatu pekara tetapi kita tidak memahami  makna kekalahan tersebut .

Kadang kala diam itu lebih baik dari berkata-kata tetapi  ada kalanya berkata-kata itu  dapat memberi  makna yang tersirat.

Kadang kala kita merasakan sesuatu tidak adil terjadi pada diri kita tetapi pernahkah kita terfikir berlaku adilkah kita dalam melakukan sesuatu pekara tersebut.

Thursday 6 October 2011

3 Patah Perkataan Sahaja =)

Pernahkah kita terfikir dengan tiga perkataan sahaja hidup kita lebih bermakna dari sebelum ini?

Pernahkah kita terfikir bagaimana hanya dengan tiga perkataan sahaja dapat membuat hidup seseorang itu lebih bermakna?
Dan pernahkah kita terfikir apa ajaibnya tiga perkataan tersebut yang sering dikatakan memberi makna dan inspirasi dalam hidup seseorang itu?

Apakah TIGA PERKATAAN itu yang dipersoalkan??

Hebat sangat ke TIGA PERKATAAN tue??

Ape specialnye TIGA PERKATAAN yang dok sibuk sangat niee???

Tak paham la..boleh explain sikit tak deRrr??


Dalam kehidupan kita ini tiada siapa yang sempurna. Setiap orang melakukan kesilapan.

Apa yang aku nak kaitankan dengan ayat diatas dengan TIGA PERKATAAN ini ialah nilai keMAAFan.

keMAAFan??mesti tak faham kan. Ape kaitannye ek??

Jika seseorang itu melakukan kesilapan sudah tentu seseorang itu berasa bersalah diatas kesilapan yang dilakukan olehnya. Seseorang itu akan sentiasa rasa bersalah jika seseorang itu tidak meMAAFkan kesilapan yang dilakukan. Dengan TIGA PERKATAAN sahaja ‘ saya MAAFkan awak’ sudah tentu beban kesalahan yang dipikul hilang. Kita akan merasa tiada beban yang perlu ditanggung lagi, tiada lagi rasa bersalah dan tidak langsung memikirkan pekara tersebut.

Bagaimana ek dengan TIGA PERKATAAN itu dapat dapat memberi makna dalam hidup seseorang?


ILOVE YOU ‘, ‘EMAK SAYANG ADIK’, JAGA DIRI BAIK-BAIK’. Hanya dengan TIGA PERKATAAN sahaja seseorang itu akan merasakan diri mereka dihargai. Dengan TIGA PERKATAAN ini dapat memberi pelbagai makna, dapat memberi pelbagai reaksi, dengan perkataan ini juga seseorang itu boleh mendapat inspirasi dalam meneruskan liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran.

Percaya atau tidak itu lah hakikatnya. Jika seseorang itu memahami setiap erti yang tersirat disebalik TIGA PERKATAAN tersebut pasti akan memberi kesan didalam hati.
Pernahkah kita mengucapkan TIGA PERKATAAN tersebut? Tak kisah la mana-mana atau apa-apa perkataan yang boleh memberi maksud yang sangat mendalam.


“MERAH TANDA BERHENTI”

Agak-agak lah kan pernah Nampak atau penah dengar tak TIGA PERKATAAN tersebut? Mesti pernah dengarkan?

Perkataan itu adalah kempen kesedaran dari JKJR(tak silap aku,kalau tersilap MAAFkan saya =)) untuk penunggang dan juga pemandu jalan raya agar mematuhi lampu isyarat. Hanya TIGA PERKATAAN tersebut sudah pasti dapat menyelamatkan nyawa seseorang atau mungkin lebih dari seseorang dari terkorban. Jika kita mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan sudah pasti memberi makna dalm hidup kita. Haisshhhh…makna apanye lagi nie?? MAKNAnya jika tidak mematuhi lampu isyarat tersebut mana tahu kemalangan atau meninggal akibat kemalangan tak ke jadi masalah?? Jika kita mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tiada rugi yang kita perolehi malah kita dapat mendisiplinkan diri kita dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Tanpa kita sedari denga TIGA PERKATAAN ini dapat memberi perubahan dalam hidup kita. Apa? Masih tak percaya lagi?? Kalau dah tak percaya tak dapek den nak nolong eh yo??.. lu piker lah sendiri hehe..=)

p/s= ‘saya sayang family’saya sangat-sangat hehe..=)

selamat mendengar =) 3 perKATAan