Monday 30 January 2012

MADAH PUITIS :: Andai itu takdirnya…(26/1/2012)

 
Kau hadir tanpa ku pinta
Kau datang tanpa ku paksa
Perlukahku menolaknya atau redha
Menyusuri liku-liku yang telah ditetapkan
Tidak membantah mahupun membangkang
Kelu lidah memula bicara
apakah diri ini rela
Dipaksa atau terpaksa


Mahu hati harap tiada siapa terguris
Mahu hati memberontak menyuarakan hasrat hati
Mahu hati meluahkan apa terbuku
Namun hanya hati bersuara bisu
Mulut kaku
Tak siapa tahu

Wahai nasib perlukah ku menolak jodoh ini
Adakah ini baik buat ku walaupun pahit untuk ditelan
Aku masih meragu pada yang sudi
Maafkan aku
Maafku tak terucap pada mu
Kerana curiga pada mu
Aku ingin beritahu rasa ini
Agar kau mengerti
Apa yang harus ku lakukan agar kau memahami
Sudah buntu memikir nasib diri




Andai itu terbaik buatku
Aku pasrah ketentuan illahi
Aku terima jodoh ini
Tiada apa mampu ku dayakan selain menyerah

Di hati bermukim moga kau dapat merasa
Tapi hampa
Jawapan yang meragut jiwa
Bantu aku menuju jalan suci ini Ya Allah
Aku tidak kuat
Hanya mampu ku menadah tangan
Memohon memudahkan urusan
Moga hari esok masih cerah
Ada sinar buat diri ku
Bangun dari lena yang alpa
Tidak karam dilautan luas yang bakal ditempuhi
Tidak lemas dengan onak duri
Tidak lalai dari menjalankan kewajipan MU

Ampunkan aku jika aku tersasar dijalan MU
Ampunkan aku jika aku tidak terima jalan ini
Doaku mohon diperlindungan
Doaku aman bahgia
Moga apa yang telah ditetapkan ini menjadi kekal selamanya
Moga jasad ini tak disia kan
Moga terima diri ini seadanya
Moga hubungan ini direstui
Moga terbuka menerima takdir ini
Suatu hari nanti pasti


::>bungAKemboja<:: 

No comments:

Post a Comment