Sunday 20 May 2012

Ekonomi Meningkat, Orang Perempuan Bekerja, Kemudahan Alatulis

::> Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasullah s.a.w telah bersabda : ' sesungguhnya apabila kiamat sudah hampir tiba (1) Orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, (2) perniagaan akan bertambah maju sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, (3) banyak orang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan), (4) banyak saksi palsu, (5) orang suka menyembunyikan penyaksian yang benar, (6) dan banyak kemudahan alat tulis' 

H.R. AHMAD

KETERANGAN AYAT

Diakhir zaman orang hanya akan memberi salam pada sahabat yang ia kenali sahaja bukan seperti yang dituntut dalam agama kita supaya mengucapkan salam kepada semua orang islam sama ada yang kita kenali atau yang tidak kita kenali. Keadaan ini menunjukkan bahawa hubungan kemesraan diantara kaum muslimin sudah amat berkurangan. Begitu juga cara hidup di akhir zaman mendorong orang perempuan untuk bekerja diluar rumah terutama dalam perniagaan.

Perempuan akan dijadikan 'daya tarikan' pelanggan atau oleh kerana kos kehidupan yang tinggi sehingga gaji suami tidak cukup untuk memenuhi keseluruhan keperluan keluarha maka isteri terpaksa keluar bekerja. keadaan ini mengakibatkan kerenggangan hubungan kekeluargaan. isteri tidak lagi taat kepada suami kerana dia juga banyak memiliki wang dan mungkin lebih banyak dari suaminya. manakala anak-anak pula menjadi mangsa kehilangan kasih sayang ibubapa kerana mereka hanya menyerahkan kepada orang gaji (pembantu rumah).

Di akhir zaman akan wujud kecanggihan alat tulis dan bahan bercetak dan media termasuk komputer, internet dan bermacam lagi. Alat-alat ini semestinya digunakan mengangkat martabat manusia, namun apa yangg berlaku sebaliknya. segala alat-alat yang canggih itu telah banyak digunakan untuk pembohongan dan memutar belitkan kenyataan dan menvemarkan martabat insan itu sendiri.

 sumber ::> sedarkah kamu wahai manusia antara semalam & hari ini by WAN MD JAMAL BIN WAN MD SAMAN



10 SAHABAT IBLIS

::>  Hakim yang tidak adil
::>  Orang kaya yang sombong
::>  Pedagang yang tidak jujur
::>  Peminum arak
::>  Penghasut kepada orang lain
::>  Orang yang beramal kerana ingin nama ( riak )
::>  Orang yang memakan harta anak yatim
::>  Orang yang mempermudahkan solat
::>  Orang yang tidak mahu berzakat
::>  Orang yang suka termenung (melamun) 

sumber ::> sedarkah kamu wahai manusia antara semalam & hari ini by WAN MD JAMAL BIN WAN MD SAMAN

15 MUSUH IBLIS


::>  Nabi Muhammad s.a.w
::> Imam yang adil
::> Orang kaya yang rendah hati
::> Pedagang yang jujur
::> Orang alim yang sembahyang khusyuk
::> Orang beriman yang suka memberi nasihat
::> Orang beriman yang pengasih
::> Orang yang taubat dan tetap atas taubatnya
::> Orang yang tidak mahu membuat kemungkaran
::> Orang beriman yang sentiasa berwuduk
::> Orang beriman yang banyak sedekah
::> Orang beriman yang berkelakuan baik
::> Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
::> Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al Quran
::> Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam, sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya

sumber ::> sedarkah kamu wahai manusia antara semalam & hari ini by WAN MD JAMAL BIN WAN MD SAMAN

Friday 4 May 2012

Berita Palsu

Rasanya satu Malaysia pasti sudah tahu mengenai kematian pelawak di Malaysia, arwahyarham BOB KUMAN. Sebelum  ini kita semua dikhabarkan kematian bob kuman lebih awal iaitu 21.4.2012 ( Ahad). Namun kebenaran kematian itu hanyalah rekaan semata-mata. Semua kalangan artis dan juga penulis blog hiburan secara langsung atau tidak telah mengeluarkan berita tentang kematian BOB KUMAN. Adakah cerita hidup mati seseorang itu boleh dibuat pekara sebagai lawak jenaka? Pastinya ia tidak boleh diambil ringan pekara sebegini rupa. Akhirnya berita kematian BOB KUMAN benar-benar berlaku dan arwah telah meninggalkan kita semua pada tanggal 3.5.2012 (Khamis), lebih kurang 13 hari selepas tersebarnya berita palsu kematian arwah.

Apa yang ingin saya sampaikan disini pekara soal mati artis di Malaysia ini bukanlah pekara baru. Jika kita masih ingat kematian pengarah filem Sepet, Talentime, Mualaf , Gubra, Mukhsin dan Rabun iaitu Yasmin ahmad pasti kita akan imbas kembali apa yang terjadi sekitar Julai 2009. Kita juga telah mendapat berita palsu bahawasanya arwah telah mininggal beberapa hari sebelum hari sebenar arwah pergi. Persamaan kematian kedua-dua selebriti ini telah mendapat mendapat perhatian semua pihak kerana penyebaran berita kematian palsu.

Kepada penyebar berita palsu kematian kedua-dua arwah ini ingin saya katakan apakah motif sebenar anda menyebarkan berita tidak benar ini? Apakah anda boleh melihat masa depan seseorang itu bila seseorang itu jatuh sakit sahaja anda terus mengeluarkan berita kematian seseorang itu tanpa melihat sendiri keadaan individu tersebut mahupun mendapat bukti yang sahih tentang kematian seseorang itu.? Siapakah yang harus bertanggungjawab dalam menyebarkan berita palsu dan seterusnya boleh mengaibkan seseorang itu? Perlu dijelaskan disini jika benar berita yang dikeluarkan itu perlulah disertakan dengan bukti yang benar-benar yakin atau pun dari sumber yang boleh dipercayai. Sesungguhnya anda, penyebar berita palsu ramalan anda tepat belaka kerana berita palsu yang anda sampaikan itu benar-benar terjadi.

Harapan saya kepada semua pembaca tidak lupa kepada diri sendiri juga tidak kiralah apa-apa saja isu yang kita dengar, baca dan kita lihat perlulah diselidik dahulu jangan kita percaya dan terima bulat-bulat apa yang kita dengar, lihat dan baca itu dari satu sumber sahaja. Gunakanlah akal yang dikurniakan kepada kita untuk digunakan dengan sebaik mungkin. Jika kita menyalah gunakan kelebihan yang kita ada sekarang ini tidak keterlaluan saya katakana kita merugikan diri sendiri dan tidak mendatangkan manfaat kepada orang ramai.

Kemudahan yang kita dapati sekarang ini perlulah kita hargai. Internet untuk masa kini merupakan medan perhubungan yang utama kita gunakan. Jesteru gunakan kearah yang betul. Sebarkan pekara yang benar.



ini pandanganakusahaja

Akhirnya Kau Pergi Jua

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Hari ini kita warga Malaysia telah digemparkan mengenai kematian pelawak Malaysia iaitu BOB KUMAN. Berita ini benar-benar SAHIH . Tidak seperti sebelum ini kematian BOB KUMAN hanyalah rekaan semata-mata. 

Gugur sudah satu bintang penghibur di tanah air ini. Selepas ini tiada lagi kita disajikan dengan usikan dan lawak jenaka oleh arwah. Semoga roh arwah aman, dicucuri rahmat olehNYA. 

Ajal arwah sudah sampai waktunya, kita pula bilakah akan bertemu YANG ESA? Hanya menunggu dan bersiap sedia tapi tidak tahu bila pula kita akan diJEMPUT ke alam sana. Sesungguhnya suatu hari nanti kita pasti akan kesana juga.
Marilah sama-sama kita sedekahkan AL FATIHAH kepada arwah..

Lagenda
Artist: Sheila Majid

Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda