Sunday 20 May 2012

Ekonomi Meningkat, Orang Perempuan Bekerja, Kemudahan Alatulis

::> Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasullah s.a.w telah bersabda : ' sesungguhnya apabila kiamat sudah hampir tiba (1) Orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, (2) perniagaan akan bertambah maju sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, (3) banyak orang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan), (4) banyak saksi palsu, (5) orang suka menyembunyikan penyaksian yang benar, (6) dan banyak kemudahan alat tulis' 

H.R. AHMAD

KETERANGAN AYAT

Diakhir zaman orang hanya akan memberi salam pada sahabat yang ia kenali sahaja bukan seperti yang dituntut dalam agama kita supaya mengucapkan salam kepada semua orang islam sama ada yang kita kenali atau yang tidak kita kenali. Keadaan ini menunjukkan bahawa hubungan kemesraan diantara kaum muslimin sudah amat berkurangan. Begitu juga cara hidup di akhir zaman mendorong orang perempuan untuk bekerja diluar rumah terutama dalam perniagaan.

Perempuan akan dijadikan 'daya tarikan' pelanggan atau oleh kerana kos kehidupan yang tinggi sehingga gaji suami tidak cukup untuk memenuhi keseluruhan keperluan keluarha maka isteri terpaksa keluar bekerja. keadaan ini mengakibatkan kerenggangan hubungan kekeluargaan. isteri tidak lagi taat kepada suami kerana dia juga banyak memiliki wang dan mungkin lebih banyak dari suaminya. manakala anak-anak pula menjadi mangsa kehilangan kasih sayang ibubapa kerana mereka hanya menyerahkan kepada orang gaji (pembantu rumah).

Di akhir zaman akan wujud kecanggihan alat tulis dan bahan bercetak dan media termasuk komputer, internet dan bermacam lagi. Alat-alat ini semestinya digunakan mengangkat martabat manusia, namun apa yangg berlaku sebaliknya. segala alat-alat yang canggih itu telah banyak digunakan untuk pembohongan dan memutar belitkan kenyataan dan menvemarkan martabat insan itu sendiri.

 sumber ::> sedarkah kamu wahai manusia antara semalam & hari ini by WAN MD JAMAL BIN WAN MD SAMAN



No comments:

Post a Comment