Saturday 6 August 2011

Indahnya Kasih Sayang

Bila berkata sahaja mengenai kasih sayang  pelbagai pekara akan terlintas di fikiran kita. Pasti kita akan terfikir kasih sayang diantara ibu dan anak, manusia dan haiwan, manusia dan alam sekitar dan bermacam-macam lagi pekara  yang boleh kita kaitankan dengan kasih sayang ini…

Pada KU kasih sayang ini merupakan suatu perasaan, suatu nikmat di dunia yang sungguh indah bila kita sebagai manusia merasainya. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila kita dapat merasai kasih sayang tersebut lebih-lebih lagi dengan seseorang insan yang kita kasihi. Kasih sayang ini lebih manis lagi jika ada yang memberi dan ada juga yang menerima. Jika salah satu dari pekara tersebut tidak tercapai, maka tiada kasih sayang yang dapat kita semai bersama-sama. Tidak salah juga jika kita ingin berkongsi kasih sayang dengan haiwan peliharaan kita jika itu yang dapat kita berkongsi kasih dan sayang kita.


     
              
Ada suatu peristiwa yang ingu KU kongsikann bersama semua. Kejadian ini berlaku dihadapan KU sendiri. Tersentuh hati KU melihat pasangan suami isteri ini. Si suami ini sakit. si suami meminta tolong kepada si isteri untuk membantunya mengambil barang yang jatuh dari tempat duduknya. Si suami ini tidak berdaya untuk mengambil barang tersebut oleh sebab itu di suami meminta si isteri membantunya.  Selepas membantu si suami mengambil barang tersebut lalu si suami mengurut tangan si isteri. Barangkali si suami ingin membalas budi yang di curahkan oleh si isteri kerana telah membantunya mengambil barang yang terjatuh itu ataupun telah menjaganya sepanjang si suami sakit . si suami juga sempat “menyepit” hidung si isteri. Mungkin ingin bermesra bersama si isteri. 








Pada KU, ia merupakan pekara yang sungguh manis dan romantis buat pasangan tersebut. Walaupun mereka kelihatan sudah berusia tetapi mereka masih mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain. So sweet la.. Moge pasangan tersebut berbahgia hingga ke akhir hayat mereka. AMIN~~
   


                 

No comments:

Post a Comment